Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Tahun Baru 2023

Hujan reda menjelma pelangi, Hari dah senja malam kan tiba; Tahun baru akan menjelang tidak lama lagi, Semoga tercapai segala cita-cita.
Jangan mati-matian mengejar sesuatu yang tidak dapat dibawa mati.
Anda hanya perlu berusaha 80 hingga 100 jam setiap minggu. - Elon Musk
Tiada rahsia untuk berjaya. Ia adalah hasil dari persediaan, kerja keras, dan belajar dari kegagalan. - Colin Powell

Kamu dua nak ke mana?

Sabtu tu saya seorang bekerja lebih masa sampai lewat malam. Bila dah siap semua kerja saya, saya turun dan menunggu teksi di perhentian bas yang berdekatan. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti. " Kamu dua nak ke mana?"
Tanda seorang bekerja keras adalah orang yang bekerja tanpa mengeluh. - Sarah Price
Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian.
Inspirasi adalah hasil dari kerja keras dan fokus - Helen Hanson
Cara terbaik untuk tidak berputus asa adalah melakukan sesuatu. Jangan tunggu perkara yang baik berlaku kepada anda. - Barack Obama
Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya.
Tiada apa-apa perkara yang bernilai dapat dicapai dengan mudah - Barack Obama
Semua impian kita boleh menjadi kenyataan, jika kita mempunyai keberanian untuk mencapainya - Walt Disney
Pokok pinang ditanam rapat, Puyuh kini berlari-lari; Samalah kita menjunjung adat, Tunggak budaya semai di hati.
Tanpa usaha, bakat tidak membawa ke mana-mana - Gary Vaynerchuk
Adik ke kedai membeli halia, Emak memesan membeli laksa; Jadilah insan berhati mulia, Baik hati berbudi bahasa.
Dayung perahu tuju haluan, Membawa rokok bersama rempah; Kalau ilmu tidak diamalkan, Ibarat pokok tidak berbuah.
Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan samalah berbincang, Tanda diri beradat budaya.
Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal.
Dunia dimiliki oleh orang yang berusaha. - Ralph Waldo Emerson
Orang yang mengatakan anda tidak boleh terlalu takut anda akan berjaya. - Nike
Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.